Tuesday, June 27, 2017

Baju Raya 2017 [Era Convergence Katanya]

Fashion baju raya tahun ni nampaknya makin menjadi jadi peliknya.  Ye la dah masuk era convergence katanya, fashion baju raya makin lama makin tidak boleh di terima akal.
 
Satu - Baju Melayu.  Baju kebangsaan kita.  Baju Melayu ni orang Melayu di Malaysia je yang pakai.  Tak pernah nampak pulak [ke memang ada] orang Melayu Indonesia atau orang Melayu Thai yang pakai baju Melayu, kalau ada pun jarang-jarang sangat.  Malangnya baju Melayu sendiri pun melalui proses asimilasi dan revolusinya tersendiri, in a bad way I mean.  Dari baju Melayu well fitted [masih boleh diterima akal] hingga ke baju Melayu separa kurta, baju Melayu sleeveless, baju Melayu ala waiter kat hotel 5 bintang dan lain-lain.  Lagi sakit mata bila tengok baju Melayu dipadankan dengan seluar jeans. erkkkk.
 
Dua - Baju Kebangsaan Bangladesh - Kurta.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ni pemakaian baju Bangladesh ni makin menjadi-jadi dan menjadi kegilaan ramai nak nak ketika menyambut perayaan.  Tak salah pun, tak berdosa pun nak pakainya.  Cuma, nak bagi tahu pada orang Bangladesh yang baju kurta awak ni pun melalui proses revolusi yang tersendiri bila tiba di Malaysia ni.  Kurta moden katanya. Sampai dah pening nak bezakan kurta moden ni..kurta ke baju Melayu ke kemeja ni? heheheheheh.
 
Tiga - Baju Kebangsaan Arab - Jubah.  Jubah ni tak de masalahpun..bukan nak bash or kutuk baju jubah yang amat selesa untuk beribadat tu.  Cumanya, bila dah terlalu creative designers Melayu ni maka jadilah macam-macam pesen jubah di pasaran.  Dulu dulu dikejutkan dgn jubah ala ala sador..khas untuk lelaki berbadan ketul-ketul..katanya pakai jubah macam tu lagi nampak masculine...pastu muncul jubah fit ketat di dada, kembang flowy di kaki, khas untuk mereka yang berbadan fit..jadi bila pakai jubah fit memang terletak elok je di badan.  Kesian pulak pada yang tak berbadan fit atau CHUBBY, sanggup jugak beli jubah tu supaya nampak fit walau hakikatnya tang dada bagai nak pecah sebab ada male boobs. Kesian.  Sudahnya jadi bahan gelak.  Macam-macam fashion jubah muncul sampai terconfuse ni jubah ke kaftan ke abaya ke chiongsam ke peplum dress ni yang kau pakai ni? lo lo lo.
 
Walau apa sekali pun awak semua nak pakai, pakailah..takde salahnya nak berfashion janji kita confident.  Lagipun ini kan negara bebas cuma, berpada-padalah ketika berfashion takut orang gelak.  Bila orang gelak awak jugak yang rasa panas, pastu terus cakap - baju ni dari designer terkenal u all [macam aku kesah ke kalau dari designer terkenal pun baju tu kau beli atas rak, maksudnya mampu milik atau kau beli online - yang semua orang mampu.  Lainlah kalau baju tu custom made or couture yang memang designer terkenal tu ukur badan kau dan baju tu ada satu je dalam dunia ni, ha ini la baru rare dan orang impressive]
 
Jujurnya bagi aku sendiri, aku lebih selesa berbaju Melayu ketika raya ataupun majlis rasmi kerana terasa bangga di jiwa raga sebagai orang Melayu.  Aku tak kisah pun rakan-rakan nak pakai apa sekali sebab itu hak masing-masing cuma yang pelik-pelik tu aku kutuk la dengan penuh kiasan dan subliminal..biasanya orang tak paham hahhaha...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.