Friday, September 24, 2010

Raya - Raya - Raya...




Raya pertama...10 sept 2010

Tak ada apa yang menarik sangat...bermohon maaf sesama ibu bapa dan adik beradik..maaf sekejap je pastu bertengkar balik..huh...pastu gi jalan-jalan kat umah jiran dan tak dilupakan rumah tok wan dan tok chik...rindu betul kat dia orang...lama betul tak gi jalan sana...sampai je sana teringin benar nak rasa ikan singgang tok chik dan jugak ikan goreng celup cili..memang sedap...dan yang paling penting dapat jugak rasa kuih raya Kak Ton..kuih raya Kak Ton is the best in the world la...nasibla kami bawak kuih raya dari umah, dan bagi kat Tok Wan, at least dia orang return Tupperware tu dengan isi kuih raya Kak Ton...hehe thats the best la..

Jadi tak jadi, memang jadilah balik kampong petang ni...seperti biasa kita orang akan lewat daripada jadual asal at least, 3 jam lewat hahaha..Ikut jadual asal bertolak kul 5 petang..tapi biasalah rombongan cik kiah delay delay pastu bertolak dalam kul 9 jugak..aduh leceh tul..bukannya kampong kat Kuala Terengganu...kat Perak ma...maunya drive 7-8 jam..

Kul 5 pagi sampai kat rumah Tok Ngah...adui penat gila....dapat landing best ni..suasana kampong yang sunyi sepi, sejuk lak tu..so scaryyyyyyyyy hahahha


Gambar: Rumah nenek..

Raya kedua..11 Sept 2010

Kul 9 pagi, baru bangun..tido kejap pun kira dah best gila....nyenyak tido selimut kemas-kemas...kampong sejuk gile dowh!!! Bangun pagi dengan rasa sedap hatinya Tok Ngah cakap, cepat siap-siap, kita ke Kedah, tengok Siti baru lahirkan anak...(Motif kami baru sampai takkan nak pegi lagi?)

Tapi tak pegi la hari ni coz kami dah janji nak gi umah Tok Milah (mak kepada ayah) kat Batu Kurau..Tok Milah dah uzur sgt dah..kadang-kadang nyanyuk...tapi dalam nyanyuk-nyanyuk tu asyik duk teringat kat ayah..anak fav dia la katakan..so kami spend lama jugak la duduk umah Cik Dah (Tok Milah di jaga anak bongsu perempuan dia, kami panggil Cik Dah). Tapi kami bermalam kat umah Mak Ndak, 5 minutes drive from Cik Dah’s house..sebab tak boleh tido umah Cik Dah dah penuh dengan segerombolan tentera..haha (semua adik beradik ayah duduk umah Cik Dah, bersama semua sepupu lelaki yang jumlah dekat sedozen tu..)

Raya Ketiga...12 Sept 2010


dah sampai Kedah....

Masuk raya ketiga dah...misi diteruskan pegi ke Kedah...special request from Tok Ngah...

Hmmm nak ke tak nak ke..pegi la jugak..penat weh nak drive ke Kedah...tapi nasib kakak PP yang drive, PP duk kat co-pilot sambung tido sambil pangku anak sedara...coz kat belakang dah penuh dengan adik, mak sedara dan 2 org sepupu kanak kanak rebina...

3 jam memandu, selamat sampai umah Mak Ngah Kiah kat Pokok Sena...masuk ladang getah baru jumpa rumah dia. Planning asal ingat kalau dah sampai dapat la kot gi jenjalan kat Bukit Kayu Hitam...dengan alasan kakak nak cari toto (hallo setakat nak cari toto kat mydin mall berlambak....) tapi sedih.......sampai pun dah kul 5....jgn harap le...so kita org pun buat decision nak gi jenjalan kat Alor Setar or mana mana la..so gi la jenjalan buang minyak kete tempat nan hado menarik sebab dah gelap gelita..tapi singgah jugak kat Kuala Kedah..tempat ni penah dilanda mek su (Tsunami) dulu, tapi tempat yang kami pegi ni kat Marina Kuala Kedah..tempat mcm menarik tapi gelap gulitaaaaa....


salah satu pemandangan di Kuala Kedah

Raya Ke empat...13 Sept 2010

Bersiap sedia untuk pulang ke rumah Tok Ngah kat Pantai Besar balik...excited sebab nak mandi kat Lata Saya...huh tak penah pegi lagi ni walaupun dkt gile dgn umah...so sampai dalam kul 3 petang...makan-makan dulu, pastu terus gi mandi manda...tempat best la jugak...air sejuk beb!!!!

Pastu mandi dalam sejam gitu, kami pun beransur pulang, misi belum selesai lagi sebab duk tengok mak dan ayah gigih mencari hasil bumi untuk dirampas bawak pulang ke Terengganu..aku jgk tak terkecuali...mak dan ayah sibuk duk kutip bunga kantan, katanya nanti nak buat laksa, pastu kutip lagi limau kasturi (kat Terengganu pun berlambak, tapi free katanya), kutip lagi pucuk salang..sambil ayah duk jeling petai yang gemuk-gemuk tapi tak boleh panjat...dah kertu dah, tak larat nak panjat..huhu aku mana la reti panjat pokok...

Tengah duk sibuk-sibuk tu aku sibuk gak duk mengecek tempayan tok moyang yang duk terpinggir belakang umah..tempayan tu dulu gunanya isi air untuk cuci kaki, letaknya kat tangga umah moyang..tempayan tu dah tak berapa elok sebab dah retak dan berlubang, tapi nilai estetika dan kenangan masih tinggi..tak kesah la, bonet kete kosong, rembat je la!


mandi manda..sejukkkkk


Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Lebaran....


Alang-alang rajin nak menghupdate blog..dan baru je lepas sahur tak boleh tido..baik la aku pos kad raya..khas untuk semua..family, kawan-kawan, students dan sape sape la...walaupun aku tahu takde org pun nak masuk dalam blog aku..huhuhu

Blog ku yang berdebu...


sedar tak sedar dah lebih setahun dah rupanya aku create blog ni..yang kelakarnya....tak penah update..tak penah buat apa apa..maklumla, buta blog katakan..org nak buat blog, aku pun nak buat blog gak..tapi tak pandai2 nak guna...sampai la at this point, terasa gigih pulak nak buat jejak kasih...so i try my best to update this blog k!!!..gambar CR kat tepi tu saje saje latak..tak de kene mengena dengan debu..ha ni gambar debu..kat bawah tu sikit...