Wednesday, September 19, 2012

Kelip-Kelip

Sampai bila kelip-kelip mampu menyinari malam? Sampai bila kelip-kelip perlu menyuluh dan menyinari hidup orang lain?  Kelip-kelip juga mempunyai perasaan..kelip-kelip tidak mahu sendirian..itulah sebabnya kelip-kelip menyinari hidup orang lain...walaupun hati dan perasaan sering kali dilukai dan kadang kala segala usaha tidak di hargai, tetapi kelip-kelip tetap setia..namun..suatu hari nanti kelip-kelip akan kehabisan perasaan cinta dan sayang..dan pada masa itu lah kelip-kelip akan berhenti menyuluh...dan andai tika dan saat itu tiba, kelip-kelip tidak akan pernah melihat kebelakang..walaupun sesekali kelip-kelip akan menangis teresak-esak dengan apa yang terjadi...namun bagi kelip-kelip, perkara yang telah berlaku akan tetap tersimpan utuh di sanubari..kelip-kelip anggapkan apa yang terjadi adalah sebahagian daripada lumrah alam...dan segala kenangan kelip-kelip akan simpan buat selamanya...

ku kan setia dan terus menyinar bagi kelip-kelip

No comments:

Post a Comment