Tuesday, December 31, 2013

Auld Lang Syne - Happy New Year 2014

Less than 24 hrs (ketika posting ini ditulis) kita akan menyambut tahun baru 2014.  Sekejap betul rasanya masa berlalu pergi.  2013 adalah tahun yang agak perit dari segi kewangan, tetapi alhamdulilah, duit cukup je, tetapi lagi perit bila berpisah dengan orang yang tersayang.  Tapi tak mengapa kerana setiap perkara mendewasakan kita.

Well tak mahu fikir sedih sedih di kala masa menganjak ke tahun baru.  Mari kita tanamkan azam baru supaya hidup di tahun baru sentiasa diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan sentiasa dikelilingi oleh orang orang tersayang.

video

 Should auld acquaintance be forgot,
And never brought to mind?
Should auld acquaintance be forgot,
And auld lang syne!

Chorus.-For auld lang syne, my dear,
For auld lang syne.
We'll take a cup o' kindness yet,
For auld lang syne.

Happy new year, where ever you are.

Monday, December 30, 2013

Pulau Pinang 20-23 Dec 2013

Sebelum bertolak ke Southern Thai, saya berpeluang cuti-cuti Malaysia ke Pulau Pinang.  Ini adalah kali ke 3 saya ke sini.  Tahun 2006 menziarahi rakan sekelas yang kehilangan ibunya di Kedah tapi sempat singgah di PP sebab bermalam di PP dan kali ke dua adalah melawat pelajar latihan industry.

Kali pertama singgah di bermalam di PP.  Bersama rakan rakan di pintu masuk USM. 2006
Charkweytiaw Sg Dua..lazat ya amaat, 2010
Chef sedang goreng charkweytiaw..
Pic kat atas tu pic pic lama..saja nak letak sini sekadar mengimbau kenangan..hehehe..jom tgk pic kat bawah..yang ni yang terbaru.

Jalan-jalan kat Tokong..lupa dah tokong apa ni.
Sempat lagi layan movie "Hobbit"


Kat bawah ni adalah gambar2 kat Muzium Perang.  Best dan menakutkan.  Kepada kawan2 yang nak pergi, adalah dinasihatkan pergi awal-awal atau waktu pagi, dan bukannya waktu petang mcm kita org pergi tu..maklumlah kawasan ni menakutkan ya amat.  Kalau lemah semangat baik tak yah pergi langsung.  Tapi ya la, kawasan ni penuh dengan nilai-nilai sejarah dan kenangan semasa Jepun menakluki tanah air.