Monday, December 30, 2013

Kesilapan

Kita seringkali membuat kesilapan, secara sengaja ataupun tidak sengaja.  Berkali-kali kita cuba untuk tidak membuat kesilapan dan mungkin berkali-kali jua kita masih membuat kesilapan sama.  Saya juga seringkali membuat kesilapan.  Macam-macam kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan ini dengan perbuatan mahupun kata-kata.  Dan seringkali juga saya belajar daripada kesilapan yang telah saya lakukan.

Saya juga seringkali melihat mereka yang berada di sekeliling saya melakukan kesilapan yang sama berulang kali.  Saya agak pelik kerana adakah mereka mengambil ikhtibar daripada kesilapan yang mereka lakukan?  Mungkin mereka seolah-olah langsung tidak mahu belajar dan juga insaf dengan perbuatan atau kesalahan yang telah dilakukan.  

Saya juga ada pilihan untuk merasa sedih, kesal dan sakit hati dengan kesilapan yang sama dilakukan oleh orang sekeliling saya.  Apatah lagi jika kesilapan itu dilakukan oleh orang yang benar-benar dekat dan benar-benar saya sayangi.  Dan kesilapan yang dilakukan itu sebenarnya boleh menjerut leher saya sendiri dan juga boleh mengakibatkan saya bergaduh dengan orang lain.  Mungkin kita ingat apabila kita buat sesuatu kesilapan hanya kita yang tahu atau hanya kita yang tanggung..tapi sebenarnya tidak.  Kadang-kala kesilapan yang kita lakukan akan melampiaskan tempiasnya kepada orang lain, orang yang willing to put his neck on chopping board to cover your ass.

Mungkin saya merupakan seorang yang penakut dan kurang berterus terang untuk menegur tentang kesilapan yang dilakukan, ataupun mungkin saya tidak mengeur kerana saya tiada bukti ataupun mungkin kerana saya ingin menjaga hati dan perasaan supaya orang yang melakukan kesalahan tidak berkecil hati, walaupun sebenarnya jauh di sudut hati, saya benar-benar rasa terkilan.  Semoga kita semua belajar dari kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.  Lagipun melakukan kesilapan adalah satu proses mematangkan kita.  Tetapi melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali membuktikan kita teramatlah bodoh untuk belajar tentang sesuatu perkara.


No comments:

Post a Comment