Tuesday, August 4, 2015

Kinabalu 15-20 May 2015 - Hari Ketiga



17 May 2015

2.00 pagi.  Bangun dan bersiap-siap untuk mendaki ke puncak.  Apa? semalam sudah bersumpah bagai takkan daki dah..tapi pagi ni kita pulak yang paling awal bersiap. Pagi ni kami akan mendaki lebih kurang 2.72 km sahaja, tak jauh dah.  Dengan kedinginan pagi yang teramat sejuk tu maka kami semua berkumpul di hadapan chalet 5 bintang kami tu untuk get ready mendaki.  I have no idea how things gonna be..tapi pasrah dan rempuh sajalah.  Mendaki pada waktu macam ni dahlah sejuk gila..pastu gelap pulak tu, jadi memang perlukan torch light yang ikat kat kepala tu dan baju yang agak tebal. 


Jyeahhh...mcm nak gi rompak bank
Betulkan baju..sejuk kau!
 
 

Awal pendakian ke puncak memang memenatkan sebab kena memanjat tangga yang curang, tinggi dan banyak pulak tu.  Tangga diperbuat daripada kayu.  Tapi kena hati hati jugak takut takut ada kayu yang dah reput.  Selain tangga kayu tu, ada juga tangga yang berbatu batu..batu besar besar macam batu kat jeram air terjun tu..jadi memang kena pay extra attention sebab takut tergelincir.  Bila dah habis mendaki tangga kayu dan batu tu, sampai pulak giliran mendaki kat celah celah lereng bukit.  Nasiblah masih gelap jadi takde la nampak tinggi ke rendah lereng bukit tu.  Kali ni nak naik atas kena guna bantuan tali..lereng tu taklah curang mana lebih kurang 60 darjah kot.  

Pemandangan waktu siang..malamnya tak snap pic pun gelap.  Tangga kayu camtu la di awal awal pendakian.


Cantikkan view? ni dah otw turun ke Laban Rata dah


 

Jadi quite dangerous kalau mendaki tanpa menggunakan tali kot kot lah nanti tergelincir pulak.  Sarung tangan memang penting..tak pakai sarung tangan nanti melecet pulak tangan tu time pegang tali tu.  Tapi nak cakap ni..view masa ni tersangatlah cantik walaupun gelap gelita..you can see a bright sky full with stars like diamonds..dan nampak lampu lampu hampir semua tempat di Sabah ni tau..tu pun ada sorang guide yang saya tak kenal tapi gigih pulak dia bercerita pada kita, betapa mesranya malim malim ni.

Pendakian kali ni lebih memeritkan kerana pendakian makin tinggi dengan bentuk muka bumi yang totally different.  Semuanya berbatu dan ditambah dengan cuaca yang sejuk.  Macam biasa saya adalah peserta yang terakhir.  Tapi kena cepat jugak dan kena sampai dekat checkpoint terakhir secepat mungkin sebab kalau sampai lewat sangat takut guide tak bagi kita naik.  Tapi sepanjang nak sampai sayat sayat tu pun dah beberapa kali berhenti rehat.  Dari Laban Rata ke Sayat Sayat jaraknya cuma 1 km saja tapi saya ambil masa selamaaaaa......... 4 jam kot?hahha epic fail!  Lebih kurang 6.30 or 7.00 pagi camtu baru la sampai kat last check point Sayat Sayat..orang lain masa ni dah sampai ke Low's Peak dah rasanya.

Dah nak sampai ke Sayat-sayat..nampak tak tali tu? kena berpaut pada tali tu sambil mendaki.
Ni baru lepas sikit je dari Sayat-sayat..tengok tali tu..aish..
Sayup mata memandang..guna tali tau!

Dah sampai check point, kena tunjuk permit kat sana untuk dia orang rekod ke apa ntah and lepas tu teruskan perjalanan.  Masa ni rasanya sangat-sangat flat, penat dan mengantuk! Saya ditemani oleh ahli-ahli lain yang sama lambat iaitu Kak Tie dan juga Raudhah.  Sama lambat rupanya kita ni ya!  Perlajalan masih lagi sayup mata memandang..ciptaan Ilahi yang tiada taranya.  Nak cakap macam mana ye..umpama berada di set movie Total Recall tahun 90 an dulu rasanya.  Kami bertiga ni memang lambat sebab really taking our sweet time, macam dunia ni kami yang punya.  Kalau penat kami duduk, kalau tak larat kami tidor sekejap.  Rasanya guide pun dah masak dengan perangai kami.  Oh ya, rupa bumi selepas Sayat Sayat ni dah landai tetapi masih berbukit bukit tetapi tidak la cerun sangat..kiranya memang dapat berjalan santai lah!  

Dari Sayat Sayat ke Low's Peak jarak yang tinggal cumalah 1.72 km lagi.  Kalau orang jenis fit dan berstamina tinggi, you can reach Low's Peak within one hour or less.  Tapi kita memang tak fit jadi faham faham je lah agaknya pukul berapa akan sampai nanti.  Kami terusknya perjalanan, saya memang dah give up, lagi banyak tidur dari berjalan..sebab memang tak larat pun.  Tetapi masih lagi bersemangat sebab Kak Tie dan Raudhah asyik bagi semangat untuk panjat dan teruskan berjalan..termasuklah malim kami yang baik hati tu.  Teringat kata-kata dia:  Kim cepat bah..kamu kena naik atas, nanti kamu rugi dalam tidur teringat teringat...cepat bah!  ah annoying sungguh malim ni! hahhaaha..tapi sepanjang perjalanan ke Low's Peak tu sebenarnya matahari sudah naik dan ramai yang sudah menuju untuk turun dari ke Laban Rata.  Kami menantang arus.  

Ni bukan lakonan.  Ni real one..memang saya tidor sbb penat sangat.
Donkey Ears - masih wujud lagi masa ni
Malim ku yang baik hati..siap temankan lagi..
ni sah-sah baru bangun tidur..sempat lagi duduk termenung



Yang bestnya sepanjang bertemu dengan pendaki yang mahu turun, setiap daripada mereka memang tegur kita dan bagi kata-kata semangat untuk teruskan pendakian, termasuk makcik makcik dan nenek nenek yang ternyata lagi sador dari kita.  Tak boleh jadi ni, makcik kertu pun dah sampai takkan kita yang muda jelita ni tak boleh naik kot.  Jadi atas suntikan orang ramai (terharu sebenarnya) tu kita pun mengensot lah sikit sikit...tapi phase macam biasa, kalau penat kita duduk, kalau penat lagi kita tidur sahaja!  

Perjalanan di teruskan..dengan Raudah..Tq kak Tie snap pic ni
 
Akhirnya...selepas beberapa jam berjalan mengensot sikit sikit. macam kura kura, akhirnya kami berjaya memanjat Low's Peak yang mencecah ketinggian 4095.2 meter pada jam 9.30 pagi.  Syabas mera betta!  Panas sudah menjengah, matahari tengah naik, tapi cuaca masih lagi sejuk.  Tinggallah kami bertiga bersama dua orang malim seolah olah puncak ini milik kami.  Jadi, kami boleh posing tanpa segan silu dan tak perlu ambik turn untuk posing.  Mungkin rahmat di sebalik sampai lambat.  Alhamdulilah.  Sampai juga ke puncak Kinabalu, dapat melihat sendiri keindahan dan keagungan ciptaan Ilahi yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.  An iphone not even can record this beautiful mountain.  Serious beb!  Kami berada di atas sana lebih kurang 1 jam gitu..khas untuk menikmat keindahan ciptaan Allah.

Action je ni..kak Julie dan abg Ubai nak turun dah..saya baru nak panjat Low's Peak
Rehat kejap sebelum mendaki Low's Peak
 
 
3 sekawan yang sampai lewat..
 
 
 
 
 
  
View puncak RM1.00
 
 

Dah puas bergambar kami pun slowly turun dari Low's Peak tu sebab dah makin panas lagipun takut cuaca berubah.  Kat gunung ni cuaca unpredictable, takut tiba-tiba hujan ke..kalau hujan memang haru la sebab batu batu yang kami daki pagi tadi akan berubah menjadi water stream..yang tu takut tu.  Jadi kami pun slowly turun ke Laban Rata..rasanya masa menurun ni lagi slow dari naik..aduh parah parah..siap santai-santai lagi, sama macam mendaki..kalau penat kami rehat..kalau penat lagi kami tidur!  Tapi dalam leisure tu tiba tiba gerun bila cuaca berkabus hitam..malim pun memang suruh turun cepat sebab katanya kabus hitam tu tak elok untuk kesihatan.  First time dalam hidup tengok kabus sejuk macam tu tapi warna hitam legam..menakutkan!

Nak dipendekkan cerita, selepas berhempas pulas berjalan untuk turun ke bawah (cuaca dah cerah barulah nampak keadaan sebenar bukit bukau yang kami panjat pagi tadi termasuk cerun yang tinggi tu), akhirnya, dalam pukul 4.00 petang saya berjaya sampai ke Chalet 5 bintang kami sambil di sambut oleh kawan-kawan yang dah sampai berjam-jam lamanya...hahhahaha



View di atas gunung...Terpegun.

Alangkah nikmatnya bila sampai kat bawah...walaupun kawan-kawan dah lama sampai sedikit pun tak cemburu malah rasa happy sangat-sangat sebab di sambut meriah...siap disediakan lunch lagi and also hot drinks..memang terbaik! Dapat makan dan minum sambil melepaskan lelah dengan view yang tercantik di dunia.  Secara ringkas, pendakian hari ni mengambil masa selama hampir ataupun lebih kurang 14 jam dari pukul 2.30 pagi sehingga turun 4.30 petang.


video


TQ Kak Julie sebab rekod moment kita turun dari atas gunung ke Laban Rata.  Tengok cuaca tu..sejuk kan..siap berkabus lagi.




















































































No comments:

Post a Comment