Thursday, July 20, 2017

Percutian ke Sabah

Sabah selalu menambat hati.  Negerinya cantik berbukit bukau dan bergunung ganang.  Ini kali ke 3 aku ke Sabah.  Cuma kali ini agak istimewa sebab datang bersama keluarga.

Trip kali ni adalah selama 6 hari 5 malam.  3 malam di Kota Kinabalu dan 2 malam di Kundasang.  Sebelum aku share pic, meh aku kongsikan dulu kos perbelanjaan secara kasar. 
  
Tiket return naik Malido Air = RM200 ++ x 5 orang
Uber dari Airport ke Apartment = RM10.40 x 2 kereta
Apartment di KK = RM180 x 3 malam [Family Room, murahkan]
Homestay di Kundasang = RM250 x 2 malam
Kereta Sewa Alza = RM120 x 2 hari
Teksi dari apartment ke Airport = RM70 [nak balik ke KLIA]

Jumlah kasar pengangkutan dan penginapan = RM2,370.00

Ok meh nak start cerita.

Sampai kat airport, tak payahlah sibuk nak cari teksi sebab mahal. Terus on grab or uber.  Kosnya dari airport ke KK roughly dalam RM10-11 sahaja, berbanding kalau naik teksi kosnya dalam RM70-80.00.

Kota Kinabalu

Di KK, kami menginap 3 malam di Promenade Service Apartment.  Kalau baca review dari internet memang bad review.  Tapi bila tanya kawan-kawan yang pernah menginap katanya ok je tak ada masalah.  So I said ok lah cuba.  Yang gatal duduk kat apartment ni sebab ini je yang paling murah, OK dan walking distance.  Nak yang dekat dan paling best ada..macam Le Meredian yang betul-betul depan pasar Phillpines tapi kopaklah bank account.  So malam pertama kami tidur di sini dulu sebab esok awal pagi nak bertolak ke Kundasang dah [malam pertama ni semuanya OK]. Oh untuk dinner malam ni kami dinner makan seafood bakar di medan ikan bakar belakang pasar Phillipines.  Tengoklah gambar-gambar di bawah, kosnya rm170 - kurang sedap dan tidak dicadangkan makan kat sini!


ikan bakar cicah air asam
sotong bakar..kecik kecik je..tapi sedap
First time makan kerang sebesar ini!

Kundasang

Awal pagi dah bersiap sedia.  Awal pagi gila la kot sebab 6 pagi dah cerah terang bendarang kat sini.  So kami breakfast kat kedai mamak kat bawah apartment ni je sambil-sambil tunggu kete sewa sampai.  Sesambil tapau makanan macam nasi goreng dan lain-lain untuk dibawa ke Kundasang.  Katanya kat sini kurang orang Islam, susah nak cari makanan dan hanya ada KFC je..alapadang.  So nak kurangkan risiko cari-mencari kedai makan waktu lapar bila sampai nanti, kami tapau siap-siap.  Cari mencari tu lain cerita.  
Manja.  Si putih ni lah guard homestay ni

Kami drive lebih kurang 2.30 jam untuk sampai ke sini.  Waktu terbaik untuk drive ke sini semestinya waktu pagi di mana cuaca tidak berkabus dan lebih selamat.  Untuk sampai ke Kundasang ni akan melalui jalan berliku dan juga berbukit bukau, jadi tumpuan pemanduan yang lebih berhati-hati amat diperlukan.  Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi dan sampai ke homestay lebih kurang jam 12 tengah hari.  

 

Nak cari homestay kami ni susah sikit..berpusing-pusing dua tiga kali kat Pekan Kundasang ni, pusing roundabout lembu tenusu lah, kubis bunga lah, kubis biasalah..berkali-kali..last sekali call owner homestay mintak hantarkan location.  Rupa-rupanya, homestay tu jauh lagi dari town ni, kira kira another 10 more minutes drive, up to hilly area barulah sampai.  Sampai jeeeeeeeeee...subhanallah, homestay apakah ini? Homestay yang pemandangan terrrrrbaik di Kundasang kot! Mashayallah..rezeki kami dapat homestay yang menyajikan view cantik! Alhamdulillah.
Kedai ni kat Pekan Kundasang. Kedai orang Islam, dekat bulatan lembu
Ini officenya, merangkap rumah owner kot. Tengok tu..Mt Kinabalu belanja clear view
Lanskap homestay. So fresh and wild.
video

Anjung Jamsari Homestay

Homestay ni namanya seperti di atas.  Rumah ni boleh muat sampai 6 orang.  Ada dua tingkat [literally] sebab tingkat ke dua tu cuma attic.  Tingkat bawah ada satu katil queen, satu single, ada balcony dan tv.  Tapi sayangnya tak ada fridge dan dapur.  Kat attic tu ada satu tilam queen dan satu tilam single.  Bilik air cuma ada satu, kira untuk family 5-6 orang sudah cukup selesa.  Kat luar ada tempat untuk BBQ.  Silap pulak tak beli barang-barang kat pasar basah, bawak kat sini dan bakar je.
Ini dua biji rumah, kami punya belah kanan. oh my red luggage tersadai
View dari balkoni homestay.  Bestkan?
View awal pagi, 6.00 pagi - akan clear macam ni dah masuk kul 7 lebih dah start berkabus
Fasiliti untuk berBBQ pun ada.
video


Yang best pasal homestay ni ialah viewnya memang mengadap Gunung Kinabalu! Memang view terbaik dan kat bawah homestay ni ada sungai! Boleh jalan turun ke bawah celup celup kaki...kalau tahan sejuk boleh mandi.  Tapi untuk mandi tak lah..air sejuk sangat.  Kawasan ni bersih dan takde orang pun datang.  Kira macam private area lah!  Untuk dinner malam ni kami tapau je makanan dari kedai kat area antara bulatan kubis dan bulatan lembu tenusu.  Kedai tu belah kanan dan namanya Intan Restoran & Cafe.  Actually kat area homestay kami tu kawasan orang Dusun yang rata-ratanya Islam, cuma hari pertama kami tak tahu, dah masuk hari kedua barulah kami breakfast dan tapau dinner kat warong kat sini.  Ada 4 warong kat sini.  Satu bukak breakfast je, dua lagi bukak waktu malam dan satu lagi cuma jual air sahaja.  Jadi memang takde masalahlah untuk cari makanan halal.

View dari sungai kat bawah
Bestkan? hmmm sapa plak yang menyelit dalam gambar ni? tak mungkin jariku. huh!
video
 

Tempat menarik sekitar Kundasang

Walaupun view homestay lawa gila, tapi terpaksa jugak keluar untuk explore kawasan sekitar.  Homestay ni dekat dengan Desa Cattle Dairy Farm [ladang lembu tenusu] dan jugak golf club - alah kalau nak posing posing kat sini memang lawa sebab background keliling adalah gunung ganang.
Ini adalah area gold club, view kat sini memang lawa.
View dari Desa Farm

Cattle Dairy Farm 

Tiket masuk RM5.00 seorang.  Kat sini boleh posing posing macam duduk kat Switzerland gitu, atau boleh bermanja-manja dengan lembu tenusu, atau boleh minum gelato, yogurt dan susu yang fresh.  Udara je tak fresh sebab berbau najis lembu hahahhaha.

Lawakan? huh sejuk jugak sebenarnya
Dulu masa mula mula datang sini rasanya batu ni belum disumpah menjadi lembu tenusu lagi
Local gelato. Sedap.
video

Kinabalu Park 

Tiket masuk ke sini RM3.00 seorang, untuk warga emas cuma RM1.00 [simpan tiket ni sebab boleh guna kat poring hot spring nanti].  So kami drive terus ke Timpohon Gate yang jaraknya lebih kurang 4-5 km dari gate park ni, mendaki bukit jugaklah, jadi kena berhati-hati semasa memandu.  Dah sampai sana, [mengimbau kenangan mendaki kinabalu sangat] hajat di hati nak berjalan-jalan sampai ke Carson Waterfall, yang jarak lebih kurang 1 km dari pintu masuk pendaki - tapi penjaga pintu tak bagi.  So apa yang boleh kami buat cuma tengok pemandangan, sambil bagi makan pada tupai liar dan sesekali tengok pendaki yang sampai dari Laban Rata. Dah puas berphoto photo kami keluar dari Kinabalu Park dan menuju ke Poring Hot Spring.

Mengimbau kenangan sungguh!

Been there, done that!
Squirral feeding


Poring Hot Spring

Tiket yang dibeli di Kinabalu Park tadi jangan dibuang tau. boleh guna sekali lagi kat sini ni; Apa yang boleh di buat di sini.  
  1. Mandi kolam air panas yang disediakan, kalau tak nak mandi boleh celup celup kaki - Percuma sahaja.
  2. Berjalan sampai ke air terjun yang jaraknya hampir 4 km dari kolam air panas tadi.
  3. Bersiar siar kat taman rama-rama - bayaran berasingan lebih kurang RM3.00 kalau tak silap.
  4. Mendaki dan berjalan di Canopy Walk - fuhhh ni yang memang patut cuba!
 
Best celup kaki, actually ni tub untuk berendam bukan celup kaki, yang celup kaki belah belakang sana.
Canopy Walk

Bayaran berasingan.  Rasanya RM3.00.  Kamera dan handphone juga dicharge berasingan.  Kalau taknak bayar cakap je tak ada kamera dan handphone.  Tapi nak guna hati-hatilah kalau kantoi nanti kena bayar jugak. 

Mula-mula trek mendaki bukit cam biasa biasa je.  Trek tanah dan ada tangga. Pokok pokok banyak dan redup.  Lepas 10 minit mendaki camtu baru lah jumpa kawasan canopy.  Gayatlah jugak sebenarnya. Tapi pengalaman yang amat menarik sebab aku tak pernah lagi berjalan cara canopy walk ni.  Kena cuba kalau ada peluang dan jangan pandang bawah!
Panjat bukit sikit untuk ke canopy walk.  Kesian ayah kena bawak hangbag mak and bag galas adik lol
Jangan pandang bawah kalau gayat.
video

Ladang Teh Nalapak

Ladang teh ni biasa biasa je.  Tak pergi pun tak pe.  Kecuali mahu minum teh sambil merasa hembusan lembut bayu bukit.  Oh kawasan ni tak sejuk cam cameron, cuma anginnya kuat sikit.  Tapi nyamanlah jugak.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat sekitar Kundasang ni cuma waktu tak banyak lagipun kebanyakkan tourist area akan tutup pada jam 4.00 petang.  
 

Kembali ke KK

Dua malam rasanya tak cukup menginap di Kundasang.  Daerah yang sejuk dan nyaman.  Nyesal pulak tak duduk lama lama.  Akhirnya kami bergerak pulang ke KK juga.  Check in di apartment yang sama cuma blok berbeza.  Ha! Di sinilah masalah dengan apartment ni bermula di mana kami di ganggu dengan hantu-hantu yang menakutkan.  Haa acah je tipu je hahah.  Selepas urusan cek in dan hantar kereta sewa kami menunggu saudara kami yang menetap di KK untuk jalan-jalan dan mencari souvenir.  Mudahlah urusan kami sebabnya asyik dapat special price je hehehe.

Sila beli barang2 makana ringan kat sini, harga murah.
Dan kalau nak beli bilis kat area pasar basah tu, beli bilis kat sini.


So seharian hari ni kerjanya berjalan-jalan sekitar di luar KK sikit dan seterusnya rehat-rehat di rumah sedara kami tu.


Melawat Masjid Apong
Sepanjang jalan kiri dan kanan ada jual lokan bakar - Tuaran
Lokan segar untuk di bakar
Proses bakar lokan
Tadaaa...inilah lokan bakar tu..cicah dgn pencecah
Lepat jagong
Eat non stop
Singgah sebentar di rumah atok sedara.  Yes he is a soldier.
We had dinner here, dia orang bukak gerai kat foodcourt dalam kem ni, jual makanan berasaskan daging rusa liar.   Memang best dan segar.  Tak boleh cadangkan pada korang untuk rasa sebab kem askar bukanlah kawasan awam.
Inilah yang kami makan - sup payau, payau masak merah, payau goreng kicap dan payau goreng kunyit. BEST!

Yang paling syok berjalan sekitar KK adalah bila melawat pasar basahnya.  Ada dua jenis pasar basah.  Satu namanya SAFMA, pasar borong ni bukak waktu pagi, memang jual harga borong 1/2 harga dari pasar basah biasa.  Pasar basah biasa ni pulak bukak waktu pagi, untuk pembeli biasa.  Tapi harga tetap murah.  Kau gila ke apa kalau udang harimau baru RM30 sekilo? Ketam nipah RM15 sekilo? kalau kat Dungun, ini semua makanan orang kaya.  Orang middle income tak mampu nak makan unless berjimat setahun!

 
 
 
 
 
Kalau korang terliur sangat nak beli dan masak seafood, dan hotel korang takde dapur macam apartment kami tu, jangan bimbang, beli je pastu korang panjat food court sebelah pasar basah ni, dan mintak dia orang masakkan.  Ye aku dah buat dah, memang lega dapat lepaskan hajat di hati!


Malamnya pulak kami dinner seafood lagi.  Ingat tak first day aku sampai kat sini dah dinner sea food kat belakang pasar Filipina tu? tak sedappppp dan mahal.  So malam ni kami pergi pulak ke pasar malam ikan todak, jalan sikit je, atas sikit dari pasar Filipines tu. Fuh memang terbaik! Harga murah dan seafood fresh ya amat! Hambik kau,..makan macam-macam baru RM150. Macam-macam tu maksudnya kami makan ketam nipah sekilo masak telor masin, sotong goreng cili, udang butter dan udang harimau goreng. Cukuplah kami 3 beradik meratah.  Mak dan ayah tak makan sangat, orang tualah katakan.





 
 

Esoknya kami cek out awal untuk pulang ke Terengganu.  Semestinya kami akan merindui percutian kami di Sabah terutamanya di Kundasang.  Panjang umur dan murah rezeki pasti ke mari lagi, insya Allah.


































No comments:

Post a Comment